Tuesday, 1 November 2016

Surah Ibu Hamil

Antara petua-petua yang biasa diamalkan oleh ibu mengandung adalah membaca surah-surah pilihan iaitu:
• Surah Yusuf——————> untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.
• Surah Luqman—————> untuk memohon anak yang cerdik.
• Surah Maryam ————–>untuk memudahkan bersalin.
• Surah Yasin——————>untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
• Surah al-Hujurat————> untuk membanyakkan susu ibu.
• Surah al-Imran ayat 38—–> untuk memohon anak yang baik.
• Surah al-Imran ayat 8-9—->untuk memohon rahmat.
• Surah Ibrahim ayat 40——>untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
• Surah al-Baqarah ayat 128–>untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
• Surah Yassin ayat 22-23—–>untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
• Surah as-Sajdah ayat 7-9—->untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
• Surah al-Furqan ayat 74—–>untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

1.0 Surah Al-Fatihah

Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

2.0 Surah Maryam

Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

3.0 Surah Luqman

Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa

4.0 Surah Yusuf

Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak

5.0 Surah Hujurat

Untuk memperbanyakkan susuibu dan anak bersifat berhati – hati

6.0 Surah Yaasin

Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

7.0 Surah Taubah

Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

8.0 Surah an-Nahl

Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
(rujukan dari Ustazah Siti Nor Bahayah)
Untuk melahirkan bayi yang soleh, sihat dan bijak. Semuanya bermula dari kita ibu dan bapa. Semoga perkongsian saya hari ni memberi beberapa tips berguna untuk kita semua.

Surah Ibu Hamil Ikut Minggu

  • Kandungan 1-3 bulan ; baca Surah Yasin, Surah An-Nahl (untuk elak gangguan syaitan)
  • Kandungan Minggu ke-16 ; baca Surah Yusuf
  • Kandungan Minggu ke-24 ; baca Surah Luqman
  • Kandungan Minggu ke-36 ; baca  Surah Maryam

Sunday, 14 June 2015

Kek coklat simple sangatt

Bahan (a) kacau rata

1 1/2 cawan tepung gandum
1/3 cwn cocoa powder
1 cawan gula pasir
1tsp baking powder
1 tsp salt

Bahan (b) kacau rata
1/3 minyak
1 tsp vanilla
1 cawan water

kacau semua then kukur atau bakar

topping
1/2 cwn atau lebih cocoa powder
2tsp minyak
1/3 susu

Monday, 2 February 2015

resepi kek choc moist

Bahan-Bahan :-

- 1 cwn gula pasir *
- 1 cwn serbuk koko *
- 1 cwn susu cair *
- 1/2 cwn susu pekat *
- 1 cwn jagung manis *
- 1 1/3 cwn tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 3 biji telor

Cara membuatnya :-

- Masak semua bahan yg bertanda * dengan api kecil hingga larut
- Sejukkan sebentar
- Pukul Telor dengan essen vanilla
- Masukkan coklat yang dimasak
- Masukkan tepung yang diayak bersama soda dan baking powder
- Tutup bekas dengan foil dan kukus selama 1 1/2 jam

Thursday, 29 January 2015

Resepi Salmon Celup Tepung


Resepi ni sangat la sedap, boleh makan begitu sahaja, tak sempat ambil gambar.

Bahan-Bahan :-

- Ikan Salmon (basuh dengan air asam jawa untuk hilang hanyir)
- Telor 1 biji
- Garam
- Serbuk Lada Hitam
- Tepung Jagung
- Tepung Gandum


Cara Membuatnya :-
- Ikan Buang tulang, potong nipis-nipis.
- Gaul ikan dengan garam dan serbuk lada hitam
- Pukul telor kemudian letak ikan di dalam telor.
- salut ikan tadi dengan tepung.

Friday, 16 January 2015

cream terbaik untuk ruam muka

ni lah cream yang terbaik untuk ruam muka, saya beli difarmasi rm10 jek. tak menghakis kulit pun, calamin saya guna menghakis kulit, kulit anak jadi tompok.

sebelum tu saya guna senarai dibawah kurang berkesan :-
1. cetaphil rm80 - kakak ipar bagi
2. calamin
3. tepung ubi
4. bedak sejuk
5. bedak ruam hai o rm3

untuk ruam lampin, tepung ubi ok lagi la.


Sunday, 4 January 2015

resepi bubur asyura utara

1st time makan masa ati officemate bwk p opiz sgt sdp dan unik. kami suami isteri xpernah rase biase org utara buat time awal muharam.

bahan-bahan:-
Bahan A
- 1 cwn tepung beras
- 2 1/2 cwn santan kotak
- 1 cwn air
- gula sehingga manis
- garam cukup rasa
- gula merah untuk cantek

Bahan B
- kacang hijau rm 2 rebus
- jagung 2 tongkol rm 2 rebus atau jagung tin
- sagu sedikit sahaja rendam air panas
- kacang merah paket rm 2++ brand cinta
- kacang kuda tin (xletak sebab dah byk)
- pisang emas jika nak
-ubi keledek jika nak

cara-cara :-
- ambil periuk letak bahan A then baru buka api, api perlahan dan sentiasa kacau elak berketul, saya buat pun mmg ada berketul tp kacau aje
- masukkan bahan b
- sentiasa kacau, tutup periuk untuk cepat masak
- masak lebih kurang 20 minit