Friday, 10 August 2012

Punca & Tips Elak Bengkak Kaki

Masuk minggu ke 32 kaki dan tangan mula membengkak. Setiap malam kena urut letak miyak halia. Puncanya adalah saya minum banyak ais dan air sejuk. Masa ni saya puasa cukup dan tekak rase haus sangat-sangat. Sebelum ni saya memang pantang untuk elak minum ais.

Tips berikut boleh membantu mengurangkan masalah bengkak di kaki sewaktu mengandung :

1. Elakkan dari berdiri terlalu lama

2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki
 
3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.

4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki

5. Minum banyak air. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.

7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar

8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food

    9. Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.Letakkan kaki di atas bantal semasa berbaring atau berehat. Tidur dengan pelbagai posisi, elakkan kaki daripada berada dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama bagi mengurangkan tekanan pada pembuluh darah. 

    10. Rendam kaki dalam air sejuk.Bagaimana? Siram kaki dengan air sejuk perlahan-lahan bermula dari tapak kaki kemudian ke lutut dan paha. Ulangi selama beberapa minit sambil menggerak-gerakkan jari kaki anda. Selepas itu, amalkan merendam kaki anda di dalam air suam yang dicampur sedikit garam atau limau nipis.
    11.  Rajin mengurut lembut kaki dengan cara menekan tapak kaki menggunakan minyak bayi atau losyen setiap pagi atau malam sebelum tidur. Cara ini membantu kaki daripada bengkak sekaligus menjaga kesihatan kaki sepanjang hamil.
    12. Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
    13. Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
    14. Minum air secukupnya.Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
    15. Gunakan kasut dan stokin yang selesa.Gunakan kasut tumit rendah bagi membantu keseimbangan tubuh dan kaki. Jangan pilih yang ketat.
    16. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan lebih mudah membuat kaki menjadi bengkak.Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
    17. Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
    18. Banyakkan berehat terutama jika anda terlalu sibuk dengan kerja, seringlah berhenti untuk setiap 10 minit sekali bagi merehatkan tubuh untuk melancarkan sistem perjalanan darah.
    19. Berjumpa doktor dengan kadar segera jika bengkak kaki berlarutan atau menjadi teruk.Dapatkan pemeriksaan doktor jika masalah bengkak yang anda alami agak berlainan disamping peningkatan berat tubuh yang keterlaluan iaitu lebih 1 kg setiap minggu. Anda harus berhati-hati dengan keadaan ini kerana dikhuatiri ia disebabkan gejala lain yang mungkin membahayakan anda dan kandungan

    My Pregnant's Photo


     Kandungan 6 Bulan
















    Kandungan 4 Bulan


    Kandungan 8 Bulan


    Kandungan 8 Bulan



    Kandungan 8 Bulan



    Kandungan 8 Bulan



    Kandungan 8 Bulan



    Kandungan 8 Bulan






    Kandungan 8 Bulan

    Masuk saja 8 bulan kaki dan tangan bengkak. cincin pun dah tak boleh pakai. Sekarang dah tak boleh jalan lama-lama sangat. Muke, mate dan hidung pun dah kembang. baby skang da mngeras. Risau juga takut terberanak awal, barang-barang still tak habis beli lagi, mungkin minggu ni juga aku kena beli. Air kelapa baru dua kali minum.

    Kaki pun mula membengkak. Rasanye punca adalah saya minum ais. Lepas dari ni jangan lah minum ais.

    My New Car-Proton PREVE

    3hb Ogos 2012, my new car da dapat, my hubby amik kt KL with uncle rosman (adik Pak Su). Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami tukar kereta baru. Sedi plak sebab kereta myvi (Shrek) nak kena jual, genap 2 tahun juga aku pakai shrek tu, so far xde masalh tapi masa nak jual tibe2 air cond problem lak, tp pembeli kereta aku yang baiki. So, kereta baru ni memudahkan untuk kami bawak lebih banyak barang klu nak pergi mana-mana. Bonet myvi sangat la kecil, lag pun mungkin ni rezeki baby baru. Nanti leh bawak barang-barnag baby balik kampung tak la sempit kereta dan aku pun akan rasa lebih selesa untuk balik kampung nanti (Kedah ke Johor). Kereta myvi ku langsung tak dapat untung rugi rm 2k. Hutang ngan bank RM 25k, pembeli beli RM23 k.

    Berbuke Poser-Husband's Family

    10hb Ogos 2012, sangatla ramai sedara2 my hubby berbuka puasa di rumah tok am (21 Ramadhan). Minggu ni juga kandungan aku dah 8 bulan, album kahwin pun baru siap. Banyak sangat makanan untuk berbuka antaranya ialah, nasi putih + asam pedas, ayam masak kicap, lasagna, puding roti, bubur kacang durian, puding roti, spaghetti oregano dan lain2.

    Saturday, 4 August 2012

    Bulan Puasa - Kandungan 7 Bulan

    Hope bulan yang mulia ini saya boleh berpuasa penuh, syukur Alhamdulillah hari ni saya telah berpuasa hari yang ke-15 tanpa ponteng. Sepanjang puasa ini banyak juga jenis makanan yang saya makan dan tak lupa juge saya mesti minum HERBALIFE untuk memberi tenaga dan vitamin pada baby. Setiap kali buke dan sahur, saya banyakkan makan KURMA. Ade petua untuk elak kita haus iaitu bacalah SURAH AL-Khausar dan urut pada leher.

    Pentingnya PIL TAMBAH DARAH

    Pil yang paling busuk adalah Pil Tambah Darah, ramai juge yang tidak boleh telan. Pil Tambah darah sangat penting kerana ia berkait rapat dengan HB. HB tu berkaitan dengan kepekatan darah. Setiap kali check up doktor mesti check HB. Biasanya, HB yang normal adalah 11, kalau bawah dari 11 tu mudah terjebak dengan penyakit ANEMIA. Jika HB rendah maka mudah untuk TUMPAH DARAH. So, ape sahaja ubat yang doktor bagi WAJIB makan tak kiralah busuk atau tidak. HB yang rendah juge adalah disebabkan oleh kekurangan ZINK. Untuk mendapatkan HB yang bagus maka perlu makan jenis makanan yang boleh menambahkan HB. Alhamdulillah, sepanjang saya minum HERBALIFE, HB saya ok. Pada awal kehamilah HB saya 14, doktor memuji HB saya sebab masa tu saya rajin makan kacang.Pil ni juga kena makan sampai lah nak bersalin kerana, jika HB rendah kita akan mengalami tumpah darah yang banyak masa bersalin nanti.