Thursday, 16 February 2017

Resepi Laksam Yang Menjadi

RESEPI LAKSAM

Bahan bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sk garam
Satukan semua bahan dan kacau
Masuk dalam jug mudah tuang
Sapukan minyak letak di dalam tudung periuk
Kukus 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung
Angkat dan alir belakang tudung periuk dengan air

Buat semula bekas xyah basuh sapu minyak
Bahan Kuah
  • 6 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
  • 2 biji bwang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih.. 
  • sedikit je halia
  • 1 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • 1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
  • garam , gula
  • 2 keping asam gelugur
* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan 

* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan, dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran

* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan 

* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula

* masak hingga mendidih..dgn api sederhana

Ulam 
Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Bahan-bahan sambal:-
- Cili merah
- Cili padi merah
- Belacan
- Asam limau
- Garam

Cara-cara:-
Tumbuk semua bahan kecuali asam limau
Perah limau