Monday, 9 January 2017

Yaya 1st Day School

Alhamdulillah, anak mama Raja Aira Aleesya dah sekolah 5 tahun di Little Calips Taman Kosas Ampang. Disebabkan mama dan papa kerja so mama hantar yaya sekolah 5 tahun, kalau 4 tahun macam awal gitu. Tadika yang menjadi pilihan adalah Little Calips. Aku view dari kawan aku dan kawan suami. Dua orang kawanku kata memuaskan lagipun tadikanya cantik hehe.

Yuran yang aku bayar tahun 2016 berjumlah RM 1800.00 termasuk daycare (8pg sampai 6petang), makan minum, stationery, baju sukan 1 set, baju kuning 1 set include tudung.

Hari pertama Yaya sangat excited sampai tidur pun tak lena. Alhamdulillah 3 hari die sekolah langsung tak nangis. Minggu depan masa naik sekolah isnin da nangis. Aku pun trauma takot keesokan dia nangis juge. Petang tu ambil tengok dia happy jek. Biasela baru cuti sabtu ahad da nangis. Esoknya aku suruh yaya tidur awal dan Alhamdulillah esoknya dia bangun awal dan muke riang dah tak nangis lagi.








Pemakanan Ketika Mabuk Nak ke-3

Kali ni lagi teruk tak boleh makan sangat2.. Antara makanan yang boleh makan :-

1. Oat (week 6 - 10)
2. Air ribena Brand REX (week 6-10)
3. Air herbalife (sekejap jek)
4. Pisang berangan (week 10-16) Doktor suruh makan tinggi folat
5. Susu Kurma Farm Fresh (start week 10) - susu ni jek aku boleh telan yang lain tak boleh
6. Buah jambu/betik/mangga - week 6 until 9

Now dah week 16, tapi tetap selera tak okey sangat start tengahari sampai malam tak de selera so pagi jek makan banyak.
 1. Pagi makan mee hun goreng/kuih/roti bakar/Mc D
 2. Air masak 1 liter
 3. Tengahari macam tu leh makan nasi kukus/nasi ayam penyet/ hari2 ayam and sambal belacan
 4. Dinne - Roti Bakar/Air Kurma Farm Fresh/Air Delima/Buah Delima

Boleh makan nasi start week 11 itupun paksa, pagi sampai tengahari jek boleh makan nasi tapi nasi kena ade ayam dan sambal belacan jek.

Pengalaman Mengandung Anak Ke-3

Pengalaman mengandung kali ni sangat la berbeza yang sama hanyalah tiada selera makan. Tapi kali ni start week 6 sampai week 10 muntah teruk.
1. Muntah hari2
2. Pemalas
3. MC banyak
4. Tak larat macam dulu
5. Banyak baring jek
6. Masuk Wad

1st time buat buku merah mase week 10 saje buat lambat sebab memang taw akan kena timbang selalu sebab berat badan turun. Tak bleh makan mee, roti, nasi dll. Air masak pun pahit. Sehari tu hanya makan BISKUT OAT & AIR RIBENA BRAND REX. Masa pergi buat buku merah tu kantoi banyak masalah. So klinik kesihatan buat surat cinta suruh pergi HOSPITAL AMPANG.

Gamble pergi sorang2. Sampai sane mase nurse amik darah aku pengsan. Bila tersedar terus nangis huhu. Kencing aku kotor, dehydrate, garam dalam badan kurang dan THYROID. Petang tu pukul 4.00 petang masuk 3 botol air. Result lepas dr tu tak okey dan doktor tahan suruh masuk wad. Suami aku pun sampai.




Sakit gile kena cucuk jarum tu bengkak pastu dah la kena masuk ubat tahan muntah pedih gile. Jari bengkak. 12 botol tu masuk air. keluar hospital terus pakse minum air takot dehydrate lagi huhu. Effek bleh jadi kencing kotor juge jika kurang air.

Sekarang dah week 16, tetap selera tak okey. Muntah dah xde. Masa keluar hospital doktor bagi ubat tahan muntah nama VELOXINE macam tu lah then baru tak muntah. Aku makan sampai week 14 jek.